Friday, February 25, 2011

Simpan 5 Dinar Setahun dan Pergi Haji 3 Tahun Lagi




Setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk Dinar Emas turun.

MENGAPA?

“KERANA NILAI EMAS SENTIASA NAIK!”

KOS HAJI DENGAN KEPINGAN DINAR:-

Tahun 2002:-
1 Dinar = RM140
Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140
Jumlah = RM9100.00
Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.

Tahun 2010:-
1 Dinar = RM630
Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502
Jumlah = RM9036.00
Dinar yang diperlukan adalah 15 keping.

“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2010 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”

CARA PENGIRAAN:-

Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2010

Kos Haji pada tahun 2010 = RM9036.00

Jumlah keuntungan anda pada tahun 2010:-
RM40,950.00(nilai Dinar pada tahun 2010) – RM9036.00 (kos haji) = RM31,914.00

Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2010 :-
RM31,914.00 /RM630 = 50 keping.

KESIMPULAN:-

Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.
Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-

33.3-39% p.a

“Maksudnya,anda dijangka memerlukan hanya 10 keping untuk menunaikan haji pada tahun 2015″

Thursday, February 24, 2011

Emas kini lebih RM4,284 satu auns

Ketegangan Afrika Utara, Asia Barat pengaruhi harga

HARGA emas meningkat melebihi AS$1,400 (RM4,284) satu auns semalam, pertama kali dalam tempoh hampir tujuh minggu, berikutan ketegangan yang terus memuncak di Afrika Utara dan Asia Barat. Ketegangan kini merebak dari Mesir dan Tunisia ke negara Asia Barat dan Afrika Utara lain apabila penunjuk perasaan berkumpul membantah pemerintahan pemimpin yang sudah memegang kuasa begitu lama.

Harga emas sesi dagangan semalam naik sehingga AS$1,400.40 (RM5,041.44) satu auns daripada paras AS$1,388.58 (RM4,249.05) satu auns ketika didagangkan di New York Jumaat lalu.

Harga kontrak hadapan emas bagi April naik AS$11.70 (RM35.8) satu auns kepada AS$1,400.30 (RM4,284.91).

“Tidak dapat disangsikan lagi bahawa kenaikan logam berharga itu yang berlaku sejak kebelakangan ini berikutan ketegangan di Asia Barat,” kata Daniel Major, Penganalisis di RBS Global Banking & Markets.


“Jika (pembelian) tidak dibuat menerusi dana dagangan bursa atau di Comex, ia kemungkinan besar dibuat menerusi pasaran dagangan fizikal iaitu pembelian syiling atau jongkong emas kecil, dan saya tidak menolak kemungkinan adanya pembelian lebih besar oleh individu kaya jika dilihat daripada keadaan ketegangan yang belum berkesudahan,” katanya.
Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu, semalam berkata revolusi di Tunisia akan menjadi model kepada lain-lain negara yang ingin melakukan pembaharuan politik.

Tentangan terus diberikan kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang terus merebak di ibu negara, Tripoli kelmarin dan anak lelaki berikrar untuk terus bertahan ketika semakin ramai penunjuk perasaan terbunuh di timur negara itu.

Harga minyak pula terus naik hampir sebanyak AS$3 setong kepada paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun ketika peniaga melihat berlakunya ketegangan yang tidak berkesudahan di negara pengeluar minyak utama, Libya.

Harga saham di Eropah turut jatuh berikutan krisis itu.

Dalam dagangan semalam, harga perak naik setinggi AS$33.46 (RM102.38) satu auns, platinum pada AS$1,844.25 (RM5,643.4) satu auns manakala palladium pada AS$859 (RM2,628.54) satu auns. – REUTERS

Friday, February 18, 2011

Emas jewellery 999


Emas jewellery 999 adalah salah satu produk pelaburan anda yang paling tepat pilihan anda,emas jewellery 999 boleh dipajak dalam Ar-rahnu,boleh dipakai sambil buat pelaburan,senang dijual semula,Spread harga yang tak terlalu jauh.
Kami menjual jewellery 999 berbagai-bagai saiz:
~10 gram
~20 gram
~30 gram
~50 gram
~100 gram



Kami bukan sahaja menjual jewellery 999 tetapi kami juga menjual lain seperti PAMP S.A 999.9,Dinar 999.9,dan jewellery 916 yang baru.
Dan kami juga membeli emas seperti emas lusuh,emas patah,emas terpakai,emas jongkong dan emas nuget mengikut mutu emas anda,harga kami membeli adalah harga yang tertinggi dalam pasaran.

Kalau anda mahu emas yang paling murah (membeli) atau yang paling tinggi (menjual)sila jadi Dealer kami.
Hubungi 019-6638181

Barang kemas 999 Tinggi nilainya

Mungkin ramai yang belum tahu tentang emas barang kemas 999 atau lebih dikenali dengan emas sepuluh berbeza dengan emas barang kemas 916 yang hanya orang pandang sebagai emas perhiasan semata-mata.
Emas barang kemas 999 bukan sahaja perhiasan semata-mata tetapi boleh juga buat pelaburan simpanan asset dan boleh juga kita niagakan sebab nialainya yang begitu tinggi berbanding dengan emas barang kemas yang lain-lain,harga belian semula pun tinggi 8% sehingga 15%,tidak seperti emas barang kemas yang lain-lain spread harga belian semula 20% sehingga 30% dari nilai harga semasa.


Untuk pengetahuan anda negara-negara lain dah pun membeli dan menyimpan emas barang kemas 999 seperti diindonesia barang kemas yang selalu orang pakai atau yang selalu kedai jual adalah emas London (emas 10 atau emas 24 karat),perkiraan berat disana adalah masih lagi dalam permayam.
Sejarah datangnya emas 916 (22 karat) adalah dari pada penjual-penjual emas dari Singapore mereka lebur semula emas 999 kepada emas 916 (22k) 750 (18k) seperti emas paun dan lain-lain.


Hubungi kami untuk menjadi wakil pemasaran emas 999.