Friday, March 4, 2011

NASIHAT WARREN BUFFET


Warren Buffet adalah seorang yang mempunyai penampilan yang mengelirukan. Kalau lihat pada pakaiannya, biasa-biasa sahaja tidak kiralah pada hari bekerja ataupun pergi ke mesyuarat tahunan pemegang saham. Beliau suka sangat pakai sut yang berkedut (macam tak bergosok) dan cermin mata empat segi.

Anda juga perlu tahu, Warren ini bukanlah berasal dari keluarga yang susah pada ketika dulu sebaliknya beliau datang dari keluarga yang kaya raya. Sebab itu beliau ingin sentiasa menjadi seorang kaya. Beliau mula mengejar cita-cita pada usia 5 tahun lagi. Melihat dari sejarahnya, beliau mula mencari duit poket dengan menjual gula-gula lebih yang diberikan oleh bapanya.

Tetapi jangan pula anda terkejut kerana pada usia beliau 11 tahun, Buffet telah membeli tiga saham, pertama kali dalam hidupnya dengan harga $36 setiap satu (harga pada masa itu). Beliau jual semula saham dengan memperoleh keuntungan sebanyak $5. Ketika itulah buffet mula sedar maksud sabar di dalam pelaburan saham kerana harga saham itu kemudiannya telah meningkat ke $200.

“Risiko datang apabila kita dari tidak mengetahui apa yang kita lakukan”. Kenyataan ini ada benarnya kerana Buffet tidak pernah melabur di dalam perniagaan yang tidak diketahui. Ketika orang ramai sibuk melabur dengan banyak di dalam internet, Buffet tidak membeli manapun satu saham. Keyakinan diri, gigih bekerja, etika yang kuat serta kebolehan meramal pasaran saham telah menjadikan beliau seorang pelabur yang bijak pada hari ini.

Mesti pun namanya sering tersiar di majalah Forbes sebagai orang terkaya di dunia, gaya hidupnya tidak menggambarkannya yang sedemikian. Hingga ke hari ini , beliau masih mendiami rumahnya yang dibeli dengan harga $31,000. Walaupun memiliki Berkshire Harthaway, iaitu sebuah syarikat tesktil, pakaiannya hanyalah sut yang berkedut.

Kisah kejayaan Warren Buffet membuktikan kebolehan manusia untuk mencapai tahap kehidupan yang lebih tinggi. Apabila seseorang itu mengikuti naluri hatinya dengan penuh keyakinan, usaha, disiplin dan ketabahan, kejayaan akan pasti dicapainya. Dengan ini Warren Buffet adalah termasuk dalam senarai “Usahawan Berjaya Dunia”.

Nasihat berguna Warren Buffet:

1. Jauhi kad kredit dan laburlah sendiri dan ingat…!

2. Wang tidak menciptakan manusia. Namun manusia boleh menciptakan wang

3. Jalani kehidupan anda sesederhana diri anda sendiri. Yang penting diri anda selesa.

4. Jangan lakukan apa yang orang lain katakan. Dengarkan saja mereka, namun lakukanlah hanya apa yang membuat anda merasa senang.

5. Jangan membeli barang kerana jenamanya. Pakailah pakaian yang memang membuat anda merasa selesa.

6. Jangan menghabiskan wang anda untuk barang-barang yang tidak penting. Gunakanlah wang anda secara bijaksana untuk keperluan yang memang benar-benar anda perlukan.

7. Akhirnya, ini semua adalah kehidupan anda. Hidup ini hanya sekali. Mengapa anda harus memberikan orang lain kesempatan untuk mengatur hidup anda?. Hiduplah dengan gaya anda sendiri, yang penting anda senang, anda puas, anda selesa & anda bahagia…

No comments: